//super awesome !- isu gejala sosial
{ TIGA BUDAK KAMPUNG }

Navigation : touch hover image



celoteh tuan tanah

pengikut setia

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera! semoga blog ini bermanfaat buat pengunjung semua ;D


{ SELAMAT DATANG ORANG KAMPUNG SEMUA }



{ BERSAMA PN NORHAYATI BT IDRIS,PENSYARAH GSB1102 }

dari kiri Jason, Adolf, Pn Norhayati, Mohd Asyraf

{ KREDIT }

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin AppyHamid
Guided by: Puan Norhayati binti Idris
Writen by: Appy Hamid Jason Mathew Adolf Cory
Others:   


{ BUDAYA REMPIT,SIMBOL PEMIKIRAN SEMPIT }




//DEFINISI//

Rempit adalah senario yang mana sekumpulan penunggang motosikal menunggang motosikal secara berterusan dan merbahaya. Perlakuan rempit ini membahayakan dirinya sendiri mahupun pengguna jalan raya yang lain. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, rempit bermaksud menyesah atau memukul sesuatu contohnya dengan menggunakan rotan. Sebutan rempit itu sendiri sebenarnya adalah berasal daripada perkataan rampit iaitu menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan raya (litar).

Masalah sosial seperti aktiviti pelumba haram adalah penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai ‘mat rempit’ bukanlah merupakan sesuatu isu yang baru memandangkan gejala ini wujud sekian lamanya dijalan raya di negara kita. Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal (lelaki) yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motor kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial yang majoritinya dilakukan oleh pihak remaja di Malaysia pada masa sekarang. Minah rempit pula merupakan seorang pelumba perempuan atau teman wanita Mat Rempit.

//CERITA MAT REMPIT//

Teknik menunggang
Teknik menunggang juga diperhatikan dan berubah dari semasa ke semasa. Semakin bahaya, semakin mendapat tepukan penonton dan mereka berasa bangga menjadi juara. Teknik itu seperti willi, baring, berdiri dan sebagainya.

Cabaran
Jalan yang mencabar ialah di selekoh berbahaya, jalan berlubang, berair, berlumba melawan arus, tanpa lampu depan dan menerima cabaran rakan-rakan, musuh dan orang ramai.

Sanggup mati katak
Mereka sanggup cedera parah malah berani mati katak ketika berlumba. Ketika berlumba, mereka akan pejam mata, lampu motosikal ditutup dan menunggang motosikal melawan arus jalan raya. Pastinya mereka di bawah pengaruh dadah sintetik seperti syabu dan ice. Ketika berlumba mereka terbayang 'ular' atau musuh 'alien' yang perlu ditentang habis-habisan. Mereka ditugaskan untuk menjadi hero membunuh musuh. Mereka tidak ada perlindungan diri seperti kasut, seluar tebal , lapik lutut, topi keledar mahupun insurans nyawa.

Sekatan jalan raya
Sekatan jalan raya oleh polis trafik lebih menyeronokkan. Mereka akan berpatah balik melawan arus jika ada sekatan polis. Ada juga yang merempuh sekatan jalan raya. Polis trafik yang bersenjata pistol dan kayu cota tidak dipedulikan. Ibu bapa dan masyarakat akan menyalahkan polis jika bertindak kasar seperti menendang motosikal yang bergerak laju. Ada juga kes polis yang membaling kayu pada tayar yang bergerak laju untuk melarikan diri. Usaha polis trafik mengadakan sekatan jalan raya dan mengawasi pergerakan mat rempit seolah-olah diperlekehkan sehingga ada yang berani merempuh sekatan yang diadakan. Kelicikan mat rempit mengenal pasti jalan-jalan yang selamat juga menyebabkan golongan ini mendabik dada kononnya mereka bijak melarikan diri daripada pengawasan pihak berkuasa. Malahan, anggota polis sendiri pernah menjadi mangsa tindakan melulu mat rempit di mana ada anggota polis yang pernah cedera dan terkorban dalam operasi terhadap mat rempit.

//PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA REMPIT//


  • Perasaan Bosan

Sama ada secara sedar atau tidak masalah remaja merempit ini sebenarnya berpunca daripada pelbagai masalah sama ada dalaman mahupun luaran remaja itu sendiri. Statistik menunjukkan bahawa 87 peratus mat rempit adalah dari golongan remaja yang berusia 14 tahun hingga 25 tahun, ini adalah berdasarkan kajian oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama pusat pengajian psikologi dan pembangunan Malaysia. Bosan adalah faktor utama mengapa mereka melakukan kegiatan sedemikian dan ia menunjukkan peratusan sebanyak 48.1 peratus mengikut statistik tahuanan yang dianalisis oleh pihak berkuasa. Golongan remaja ini juga memberi tanggapan bahawa mereka dapat menghilangkan rasa bosan dengan melakukan aktiviti merempit ini dan mampu untuk menggunakan masa lapang ini dengan aktiviti merempit tanpa memikirkan kesan yang akan mereka hadapi. Pelakuan dan masalah merempit ini adalah melibatkan pengguna jalan raya yang lain malah ia lebih membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
  • Perasaan Ingin Tahu
Punca lain yang menyebabkan wujudnya masalah merempit ini adalah perasaan ingin tahu dan ingin mencuba dalam kalangan remaja. Seperti yang kita semua maklum para remaja adalah golongan yang paling berisiko dan mudah terpengaruh dengan perkara yang negatif. Oleh sebab desakan perasaan remaja yang suka mencuba dan tidak takut menghadapi risiko yang bakal mereka tempuhi, para remaja sanggup dan berani melakukan apa sahaja malah mereka tidak memikirkan pelbagai kesan buruk yang akan timbul disebabkan oleh sikap mereka ini. Perasaan ingin mencuba ini akan menghalang pemikiran waras para remaja untuk memikirkan tentang kebaikan dan keburukan yang akan dialaminya sekiranya mereka terlibat dengan aktiviti merempit ini malahan mereka mudah seronok apabila melakukan aksi-aksi merempit. Media massa juga boleh mempengaruhi para remaja untuk melakukan aksi berbahaya contohnya wujudnya filem-filem aksi seperti rempit,bohsia dan samseng jalanan yang mana para remaja cuba untuk melakukan aksi-aksi seperti didalam filem tersebut.Kerana wujudnya perasaan ingin tahu dalam diri remaja inilah yang menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan aksi yang dipaparkan di media massa.
  • Pengaruh Rakan Sebaya
Selain itu juga remaja terpengaruh dengan rakan-rakan juga dapat dikenal pasti kenapa berlakunya masalah rempit. Remaja selalunya mempunyai sikap yang akan menurut sahaja sikap dan tingkah laku rakan-rakan sebaya mereka, contohnya remaja yang berkawan dengan golongan mat rempit mempunyai kecenderungan untuk terjerumus dalam melakukan aktiviti merempit ini kerana mereka akan dianggap 'ketinggalan zaman' kerana tidak melakukan aktiviti yang sama seperti rakan-rakan yang lain. Para remaja juga cenderung untuk meniru apa yang dilakukan oleh rakan sebaya mereka. Jika mereka memilih untuk meniru aksi rakan-rakan mereka untuk merempit, mereka tidak akan memikirkan bahawa perkara tersebut adalah salah dan menganggap perkara itu betul ekoran rakan-rakannya melakukan aktiviti sedemikian.
  • Gaya Hidup Yang Liar
Punca yang menyebabkan berlakunya gejala rempit ini adalah juga disebabkan oleh gaya hidup dan taraf pendidikan remaja itu sendiri. Majoriti remaja yang terlibat dengan lumba haram ini adalah dari golongan yang berpendidikan rendah malah pemikiran mereka juga sempit kerana tidak berfikir dengan semasak-masaknya apabila melakukan aktiviti sedemikian. Mereka leka akan risiko yang akan mereka hadapi jika mereka melakukan kegiatan merempit ini. Mereka juga tidak memikirkan kesan-kesan negatif yang akan mereka alami disamping membahayakan  nyawa pengguna jalan raya yang lain. Remaja yang terlibat ini juga adalah daripada golongan remaja di bawah umur yang mana mereka masih lagi memerlukan bimbingan dan pengawasan dari ibubapa mereka. Sebilangan besar yang terlibat dalam gejala ini masih berada di peringkat sekolah menengah.
  • Kurang Pengawasan Daripada Ibu Bapa
Antara punca lain yang menyebabkan berlakunya gejala ini adalah kurangnya pengawasan dari pada pihak ibu bapa dan tidak mengambil cakna tentang aktiviti yang dilakukankan oleh anak-anak mereka. Malah anak-anak yang bersekolah ini diberi motosikal oleh ibubapa mereka untuk kegunaan untuk ke sekolah namun seringkali disalahgunakan oleh anak-anak mereka dengan mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti merempit pada sebelah malam. Namun ibubapa  mereka langsung tidak mempersoalkan ke mana perginya anak mereka dan apa aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak di luar pengetahuan mereka.


//KESAN BURUK//


Antara kesan yang timbul daripada perbuatan gejala merempit ini ialah meningkatkan masalah keruntuhan moral atau akhlak dalam kalangan remaja. Selain itu masalah merempit ini juga akan menyebabkan wujud pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan seperti yang berlaku pada hari ini, hilang sifat beradab, seks bebas dan lain-lain. Namun, perkara yang paling menyedihkan apabila kita bercakap mengenai mat rempit ini ialah ianya terdiri daripada orang yang mempunyai kepercayaan agama yang kita tahu sejak kecil lagi telah disemai dengan adat serta kesopanan dalam diri.

Selain itu, budaya merempit ini juga meningkatkan kemalangan jalan raya. Kemalangan ini selalunya berpunca daripada sikap cuai dan cara menunggang motosikal yang berterusan oleh penunggang yang merempit. Sikap menunggang yang tidak ada etika dalam kalangan mat rempit ini menyebabkan sebahagian daripada pemandu kita takut untuk memandu di jalan raya kerana mereka takut akan menjadi mangsa kemalangan yang berpunca daripada mat rempit ini.

Masalah merempit ini juga akan menyebabkan meningkatnya masalah jenayah seperti merogol, merompak, samun, curi motosikal dan sebagainya. Merempit seolah-olah menjadi satu pesta bagi kalangan kaum muda  untuk melakukan kegiatan-kegiatan tidak bermoral ini.

Di samping itu, gejala merempit yang semakin berleluasa ini juga memberi kesan kepada pasukan keselamatan negara. Contohnya isu merempit yang semakin hari semakin meruncing ini akan menyebabkan imej pasukan polis negara tercemar. Masyarakat seolah-olah memandang pihak berkuasa tidak menjalankan tugas mereka walaupun terdapat banyak langkah yang telah pihak mereka ambil untuk membanteras masalah merempit ini. Mat rempit ini juga seakan-akan bermain dengan undang-undang dan mencabar undang-undang. Mat rempit ini juga menjejaskan imej negara terutamanya di mata pelancong yang datang melancong ke negara kita ini.

Masalah merempit ini turut menyebabkan pembaziran masa dan pendapatan negara untuk mengatasinya. Sebagai contoh, kerajaan terpaksa menjalankan pelbagai kempen penguatkuasaan undang-undang dan program-program khas bagi mengatasi masalah merempit ini.

Yang terakhir gejala merempit ini menggangu ketenteraman awam. Sebagai contoh mat rempit yang menjalankan aktiviti merempit di sekitar kawasan perumahan awam akan mengganggu ketenteraman penduduk di situ. Bunyi bising yang terlaku kuat daripada enjin motosikal boleh menyebabkan berlakunya masalah pencemaran bunyi.

//LANGKAH PENCEGAHAN//

• Bagi membanteras gejala lumba haram di ibu negara, polis trafik telah melancarkan operasi besar-besaran dengan lebih 500 mat rempit diperiksa di Dataran Merdeka. Operasi sama turut diadakan serentak di negeri lain iaitu Perak, Pulau Pinang dan Selangor.
• Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan Akta Pengangkutan Jalan dipinda bagi membendung gejala "mat rempit" dan perlumbaan motosikal haram. Pelajar berumur 15 hingga 19 tahun merupakan pelajar yang kandas dalam pelajaran atau telah berhenti sekolah, perlu ditahan di sekolah juvana, Sekolah Henry Gurney jika didapati bersalah untuk suatu tempoh ditetapkan. Mereka hendaklah dihukum membuat kerja-kerja amal sehingga 100 jam dan motosikal dirampas.
• Samseng jalan raya atau 'Mat Rempit' mungkin akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu hukuman penjara mandatori setelah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda. Ini berikutan hukuman yang sedia ada ke atas samseng jalan raya yang disabitkan kesalahan iaitu denda minimum RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada lima tahun tidak mampu menyedarkan mereka. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, cadangan itu yang kini masih pada peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dibawa ke Kementerian Pengangkutan sebelum mendapatkan kelulusan."Pihak kita ada berbincang untuk laksanakan hukuman penjara mandatori bagi samseng jalanan. Sebelum ini kebanyakan kes, pesalah hanya membayar denda atau saman, tetapi dengan dikuatkuasakan undang-undang tersebut, semua pesalah perlu menjalani hukuman di penjara mengikut kesalahan yang dilakukan," katanya kepada pemberita di Dataran Merdeka di sini hari ini. Beliau berkata, bagaimanapun hukuman penjara mandatori itu hanya dicadangkan bagi samseng jalanan yang berumur 18 tahun ke atas manakala bagi mereka yang di bawah umur, kumpulan berkenaan masih tertakluk pada Akta Perlindungan Kanak-kanak. "Kita juga sedang mengkaji supaya pesalah-pesalah yang di bawah umur dihantar ke sekolah-sekolah juvana," katanya. Dalam usaha mencegah kegiatan lumba haram dengan lebih agresif, beliau berkata, pihaknya akan memperluaskan lagi Skuad 42 yang khusus menjalankan operasi membanteras lumba haram ke semua kontinjen di seluruh negara. "Kini ada beberapa kontinjen yang sudah ada skuad 42 seperti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) yang sememangnya fokus kepada operasi cegah lumba haram. Jadi saya berharap setiap kontinjen akan mempunyai Skuad 42 mereka masing-masing sebelum hujung tahun ini," katanya.
• Presiden kelab motosikal "Kelab RD", Azhanyzam Zakaria pula berpendapat langkah kerajaan itu baik namun masih belum mencukupi untuk membendung gejala mat rempit atau perlumbaan motosikal haram ini. Ketika dihubungi, beliau berkata kerajaan juga perlu menimbangkan untuk mewujudkan satu lagi litar lumba yang dirasakannya strategik iaitu di Bukit Jalil selain mengenakan tindakan tegas kepada mereka yang terlibat dengan perlumbaan haram. Azhanyzam berpendapat pembinaan litar lumba di Bukit Jalil berhampiran Kuala Lumpur mungkin mampu mengurangkan aktiviti perlumbaan motosikal haram di jalan raya ibu kota. "Kalau di Bukit Jalil, dekatlah sikit berbanding Sepang. Mereka ini tak mahu tempat yang jauh. Sekiranya kerajaan sudah menyediakan tempat untuk mereka melakukan aktiviti dan kalau mereka masih lagi berlumba haram di luar, kenakan sahaja tindakan tegas terhadap mereka. "Tindakan merampas motosikal bukanlah satu tindakan yang baik, sebaliknya akan mengundang jenayah lain iaitu mencuri motosikal. Kita kena tahu kebanyakan mereka ini datang daripada golongan keluarga bermasalah serta hidup dalam kemiskinan," katanya. Azhanyzam juga berpendapat tindakan undang-undang yang lebih ketat harus meliputi pembatalan lesen memandu serta-merta dan pengharaman pembelian motosikal bagi merekayang disabitkan kesalahan.
• Bagi menangani isu mat rempit, pelbagai saranan dalam bentuk meminda peraturan dan undang-undang jalan raya hendak dilakukan. Tetapi akhirnya, apa guna segala undang-undang yang digubal jika tidak ada penguatkuasaan dilakukan. Walaupun mungkin sesetengah anggota masyarakat sudah bosan dan letih dengan karenah mat rempit, tetapi kerajaan harus terus berusaha dan serius mewujudkan kesedaran dan membina akhlak mulia di kalangan remaja agar tidak terjebak dengan gejala ini. Kempen membanteras gejala mat rempit selama ini hanya sia-sia kerana tidak mendapat sokongan ibu bapa serta masyarakat. Kegagalan kawalan dan kurang perhatian ibu bapa menyebabkan anak-anak mereka sanggup menggadai nyawa di jalan raya. Kerajaan perlu terus serius mengadakan kempen berterusan untuk memberi kesedaran kepada golongan muda supaya sayangkan diri dan tidak menggadaikan nyawa di atas jalan raya. Selain pendekatan lembut, pendekatan keras juga perlu dilakukan. Tiada istilah kompromi untuk menangani golongan mat rempit yang menunggang motosikal secara berbahaya.
• Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membanteras gejala mat rempit yang kian berleluasa sejak kebelakangan ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan JPJ berhubung usaha meningkatkan kerjasama itu, baru-baru ini. Menurutnya, kerjasama antara dua agensi penguat kuasa itu perlu disebabkan JPJ mempunyai beberapa keistimewaan yang tidak ada pada pasukan polis.


//HUKUMAN YANG DIKENAKAN//

Lumba Haram 
Bil 1.
Kesalahan Menaja/menyertai lumba haram.
Seksyen/ Kaedah Kesalahan  Seksyen 81
Seksyen/ Kaedah Hukuman  Seksyen 81(2)
Seksyen 81(3)
Kadar Kompaun  Mahkamah
Kadar Mahkamah  Denda RM 2000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya. Denda RM 2000 atau 6 bulan penjara dan lesen digantung satu bulan. Sabitan kedua denda RM 5000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya dan lesen digantung selama 3 tahun.

//KESIMPULAN//
Sebagaimana gejala sosial yang lain, peranan yang dimainkan ibu bapa adalah amat penting untuk menjayakan sebarang usaha menangani masalah tersebut. Selain mengenakan tindakan tegas ke atas mat rempit, tindakan yang sama tegas terhadap ibu bapa atau pemilik motosikal yang digunakan juga boleh membantu untuk menangani masalah ini, kalau tidak sekalipun, membantu mengelakkan gejala ini dari menjadi lebih buruk lagi. aktivis sosial termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga perlu memainkan peranan untuk mencapai matlamat menangani gejala merempit. Apa sekalipun, yang pasti, masalah ini kini kian meruncing dan kesepaduan semua pihak adalah merupakan kunci yang akan dapat menyelesaikan segala permasalahan ini



{BAYI DIBUANG, KEMANUSIAAN MENGHILANG}



//DEFINISI//



Menurut pandangan Anitayahya (2007), pengguguran dan pembuangan bayi membawa maksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan yang mengakibatkan kemusnahan janin. Pandangan yang diberikan oleh saudari Anitayahya ini membuktikan bahawa pembuangan bayi sebagai satu jenayah berat dan teruk. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, perkataan buang bermaksud mencampakkan, melemparkan, menghapuskan, dan menghilangkan. Perkataan bayi bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh si ibu. Manakala, makna pembuangan bayi pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan.



//PUNCA BERLAKU//



Pembuangan bayi melibatkan banyak faktor. Kita tidak boleh membuat tuduhan atau menuding jari kepada satu-satu pihak kerana menyebabkan kehamilan luar nikah yang bertambah, sebaliknya melihat punca tersebut daripada pelbagai aspek.

1       Kurang Didikan dan Kefahaman Agama
Kemelut ini berlaku lantaran kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja kita. Kekurangan ini mungkin akibat kekurangan didikan dan perhatian ibu bapa serta impak kemodenan yang melanda negara kita. Remaja tidak mempunyai pegangan agama yang tebal dan mudah dipengaruhi oleh desakan seksual mereka itu. Tanpa didikan agama yang teguh, mereka tidak dapat membezakan sesuatu perbuatan mereka itu betul atau salah dan tidak dapat membezakan antara hak dengan batil. Hal ini dapat dilihat apabila remaja perempuan mudah terlibat dalam kancah perzinaan sedangkan berzina itu haram di sisi agama. Kesannya, banyak anak luar nikah yang lahir dan akhirnya bayi yang tidak berdosa itu dibuang demi menutup malu perbuatan remaja yang goyah imannya. Jadi, didikan agama yang kurang mantap menyebabkan masalah ini kian meruncinng.

2       Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana pada usia muda, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila mereka hergaul dengan rakan sebaya yang negatif. Rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak remaja untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma maysarakat, tamsilnya pergi ke tempat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negatif tersebut akan melakukan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuangkan bayi mereka.

3       Sikap Masyarakat
Sikap masyarakat yang terlalu suka menghukum turut menjadi penyebab pembuangan bayi ini berlaku. Kita suka menganggap bahawa wanita yang mengandung tanpa suami ini sebagai melakukan kesalahan tanpa menimbang keadaan yang menjurus kemelut itu berlaku. Mungkin ada antara mereka yang mengandung disebabkan tindakan manusia yang durjana sehingga sanggup merogol gadis yang tidak berdosa. Dalam hal ini, wajarkah remaja itu dipersalahkan oleh perbuatan manusia yang tidak berhati perut itu? Sememangnya kita harus bersimpati terhadap mereka tetapi keadaan menjadi lebih rumit apabila terdapat segelintir daripada ahli masyarakat kita yang lebih suka menunding jari kepada sesetengah remaja tanpa meneliti punca yang menjadi permasalahan ini. Malangnya, masih terdapat pemikiran masyarakat yang kolot lalu menyebabkan remaja tidak mempunyai tempat untuk mengadu masalah mereka sehingga sanggup membiarkan anak mereka berada di tempat yang tidak sepatutnya daripada dipandang jijik oleh masyarakat. Tegasnya, sikap masyarakat seumpama ini merupakan pemangkin gejala ini.

4       Sikap Ingin Tahu
Faktor yang terakhir adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja. Biasanya, mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matang sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain, lebih-lebih lagi seks rambang. Mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka patut berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara seperti seks bebas ini. Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu ini sebenarnya tidak mengetahui baik dan buruknya serta akibat yang bakal diterima mereka. Sebagi remaja yang matang, mereka mestilah berfikiran rasional dan bijak dalam menilai sesuatu perkara supaya tidak menyesal dikemudian hari. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

 5       Arus Pemodenan 
Arus kemodenan terutama melalui media massa telah menyemarakkan masalah ini. Program dari Barat yang mengaitkan kebebasan dalam pergaulan telah menyebabkan remaja mudah terpengaruh. Kehidupan moden sering dikaitkan dengan hubungan seksual yang bebas. Remaja yang baru berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang sering dikuasai oleh perasaan ingin mencuba pasti akan meniru aksi-aksi atau adegan-adegan panas yang terdapat dalam filem Barat bagi memuaskan nafsu mereka. Mereka tidak lagi berasa takut ketika melakukan perkara yang terkutuk itu asalkan nafsu berahi mereka dapat dipenuhi. Lantaran itu, masalah ini terus menerus menjadi sesuatu yang lumrah dan menjadi darah daging dalam hidup mereka. Sebagai akibatnya, lahirlah anak luar nikah dan masalah pembuangan bayi semakin sukar dikawal lantaran ingin menutup rasa aib atas perbuatan ibu bapa yang masih remaja itu.

6       Institusi Kekeluargaan Yang Musnah
Sudah menjadi kebiasaan kini sesebuah keluarga itu tidak mempunyai ayah atau ibu untuk mendidik. Ketiadaan ini menyebabkan tanggungjawab mendidik anak tidak menjadi satu keperluan yang harus dipenuhi dengan baik. Menurut kajian Jabatan Kebajikan Masyarakat bahawa 50 peratus masalah sosial remaja berpunca daripada keluarga yang porak peranda. Ibu atau bapa yang tunggal sering sibuk mencari tuntutan nafkah untuk menyara kehidupan keluarganya. Lantaran itu, mereka telah mengabaikan tanggungjawab hakiki mereka dalam mendidik dan memantau setiap perlakuan anak mereka. Pengabaian ini akhirnya mengundang padah apabila anak mereka terlibat dalam perbuatan yang sumbang. Sesungguhnya, keadaan inilah yang menyebabkan masalah pembuangan bayi menjadi-jadi.


//KESAN NEGATIF//



1       Kesan kepada Bayi-Mereka juga mungkin terpaksa memikul gelaran anak luar nikah walaupun mereka tidak berdosa. Apa yang lebih teruk, bayi-bayi ini mati akibat daripada perbuatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak mempunyai hati nurani kerana bayi-bayi ini dibuang di tempat yang tidak sepatutnya diduduki oleh bayi yang masih lemah dan kecil, misalnya dibuang di tandas, rumah kosong, sungai, longkang, tong sampah atau rumah ibadat. Selain itu,tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan.

2       Kesan kepada Ibu Bayi-Kesan yang kedua pula adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau lebih tepat lagi pesalah. Hal ini kerana, sewaktu pesalah melahirkan anak, mereka tidak berada dalam keadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi, pesalah ini pastinya mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa melahirkan anak, dan juga kehilangan darah yang banyak. Majoritinya, mereka melahirkan anak dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital dan pihak lain. Selain itu, pesalah juga sudah semestinya mengalami pelbagai masalah dalam diri seperti kemurungan, hilang keyakinan diri, dan juga masalah emosi. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi undang-undang, agama, dan negara.

3       Kesan kepada Institusi Kekeluargaan-Akibat daripada gejala pembuangan bayi,keruntuhan institusi kekeluargaan berlaku. Apabila institusi keluarga runtuh, keharmonian dalam kekeluargaan juga terkena tempiasnya. Mereka menganggap anak menconteng arang ke muka mereka dan berasa malu mempunyai anak yang sedemikian rupa. Dalam hal ini akan menyebabkan ibu bapa menunding jari , menyalahkan antara satu sama lain kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak-anak hingga anak tersebut sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu. Sebagai ibu bapa,janganlah terus menyalahkan anak-anak mereka tetapi memberi sokongan dan panduan untuk mereka meneruskan hidup.

4       Kesan kepada Masyarakat
Kes pembuangan bayi ini juga mampu memberi impak kepada masyarakat sekeliling. Antara kesannya ialah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Sebagai rakyat yang hidup dalam komuniti yang sama, mereka pasti berasa kecewa dengan apa yang berlaku. Dalam hal ini, remaja atau pelaku sudah semestinya dipersalahkan kerana mereka yang melakukan gejala yang tidak bermoral ini. “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Peribahasa ini amat bertepatan dengan situasi ini.

5       Kesan kepada NegaraPembuangan bayi ini juga memberi impak yang sangat besar kepada negara. Secara ironinya, pembangunan sesebuah negara terletak pada akhlak pemuda pemudi generasi sekarang. Kesan yang pastinya berlaku ialah kerancakan pembangunan negara terbantut serta ekonomi negara sukar dikembangkan disebabkan oleh gejaka sosial ini. Selain itu, perbelanjaan kerajaan turut meningkat untuk menampung bayi yang ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat. Perkara seperti ini pastinya membebankan pihak kerajaan dan pihak lain dari segi kewangan .

//LANGKAH MENGATASI//

1       Pendidikan Keibubapaan
Satu daripada langkah yang perlu dilaksanakan ialah semua lapisan masyarakat hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program. Pendidikan ini bertujuan memberikan buah fikiran mengenai perkahwinan yang sah kepada rakyat. Melalui cara ini, orang ramai akan menjadi lebih berhati-hati supaya tidak melakukan perbuatan sumbang. Perkara ini harus ditekankan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya para remaja. Sebagai contohnya, program pendidikan keibubapaan perlu diadakan untuk mendidik remaja tentang perkara yang perlu diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. Tegasnya, orang ramai perlu diberi kesedaran tentang kesan buruk aktiviti pembuangan bayi.

2       Kempen Kesedaran
Pihak kerajaan mahupun Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hendaklah berganding bahu mengadakan ceramah atau kempen pada peringkat sekolah mahupun peringkat taman-taman perumahan. Melalui program tersebut, masyarakat dapat diberi kesedaran tentang keburukan pergaulan bebas. Seperti yang kita ketahui, kes pembuangan bayi berpunca daripada pergaulan bebas yang dianggap sebagai suatu perkara biasa bagi warga urban kini. Kita seharusnya mengelakkan diri daripada unsur negatif tersebut supaya tidak menjadi seperti sudah terhantuk baru nak tengadah. Sebagai contohnya, kempen kesedaran ini perlu dilakukan secara besar-besaran melalui iklan, risalah dan lain-lain. Kempen murni ini haruslah dilakukan secara berketiak ular dan bukannya hangat-hangat tahi ayam. Sesungguhnya, usaha dinamik dan secara konsisten ini diperlukan untuk membimbing rakyat supaya sentiasa berada di landasan yang betul dalam kehidupan.

3       Perkhidmatan Kaunseling
Langkah yang seterusnya ialah pihak kebajikan masyarakat perlu menyediakan perkhidmatan kaunseling. Khidmat nasihat hendaklah diberikan kepada mangsa rogol dan individu yang mengandung tanpa nikah. Hal ini disebabkan mangsa mengalami ketidakstabilan emosi dan mungkin akan cuba mencederakan diri sendiri. Sebagai contohnya, mangsa rogol sanggup membunuh diri kerana tidak dapat menerima kenyataan sebenar. Penubuhan Rumah Sri Puteri oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat memberikan perlindungan dan khidmat nasihat kepada mereka yang telah terlanjur ini. Oleh hal yang demikian, pusat kaunseling perlu diperbanyak di seluruh negara untuk membantu mangsa-mangsa tersebut daripada terus melakukan perkara yang terkutuk.

4       Mengetatkan Hukuman
Di samping itu, pesalah yang disabitkan kesalahan berzina atau kes rogol perlu dikenakan hukuman yang berat. Perogol atau orang yang mencabul kehormatan wanita merupakan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Mereka perlu dijatuhi hukuman yang berat sebagai peringatan kepada orang lain. Hal ini menyebabkan wanita-wanita ini kehilangan harga diri dan terpaksa menanggung malu sepanjang hayatnya. Perkara tersebut juga akan menconteng arang ke muka ahli keluarga mangsa. Oleh sebab itu, undang-undang negara perlu dikuatkuasakan supaya perogol atau mereka yang berzina berasa serik atau takut untuk melakukan perkara tersebut yang salah di sisi agama. Sebagai contohnya, hukuman bagi kesalahan berzina dan merogol adalah seperti penjara dan hukuman sebat. Hal ini dapat mengurangkan jenayah pembuangan bayi yang tidak berdosa itu di negara kita.

5       Peranan Ibu Bapa
. pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk menyedarkan anak-anak tentang dosa dan balasan yang akan diterima. Ibu bapa hendaklah menitikberatkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak dan proses ini hendaklah diteruskan walaupun seseorang itu telah meningkat umur dewasa. Pendidikan agama dan moral amatlah penting dan perlulah disemaikan dalam sanubari rakyat. Albert Einstein pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta dan ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Hal ini menunjukkan peri pentingnya didikan agama dan moral dalam kehidupan kita supaya kehidupan tidak menjadi terumbang-ambing seperti kapal tanpa nakhoda. Sebagai contohnya, anak-anak perlu diberi didikan agama sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya dengan menyuruh anak-anak tidak mengabaikan solat kerana bersolat itu dapat mencegah daripada melakukan kemungkaran. Cara ini adalah efektif untuk mewujudkan masyarakat yang bebas daripada kes pembuangan bayi.

6       Pencegahan sebelum berlaku
Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorang daripada terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Walaupun gejala ini bermula dengan masalah individu tetapi jika tidak dibendung ianya akan memberi kesan yang mendalam kepada keseluruhan masyarakat sekitarnya. Masalah pembuangan bayi boleh diklasifikasikan sebagai salah satu jenayah yang paling kritikal di Malaysia. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah bekerjasama dalam mewujudkan kesedaran tentang kesan dan bahaya pembuangan bayi.
Di samping itu, mereka juga perlu merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempat dalam usaha memerangi masalah pembuangan bayi yang semakin meruncing ini. Setiap individu, keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan perlu bekerjasama dan mempunyai peranan dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial ini. Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan program-program seperti pencegahan pergaulan bebas di kawasan mereka. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa pergaulan bebas membawa mudarat kepada diri, keluarga dan masyarakat.

//PENUTUP//

Kesimpulannya, setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras supaya penyakit sosial ini tidak menular dengan lebih serius. Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan kerajaan juga perlu lebih peka dan menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat pelbagai informasi berkenaan gejala ini dan sedar akan kesan daripada perbuatan tidak bermoral itu. Dengan usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada terus menjadi satu penyakit berbahaya di negara Malaysia ini. Tiada siapa yang patut menunding jari kepada pihak yang lain, kerana setiap daripada kita adalah merupakan ahli masyarakat. Menurut Hall (1904),usia remaja adalah masa yang penuh dengan kekeliruan ,kesedihan dan konflik. Oleh itu, adalah penting bagi orang dewasa khususnya ibu bapa, pendidik dan ahli masyarakat untuk mengikuti perkembangan remaja, mereka patut membantu golongan remaja agar mengelakkan diri daripada terjebak dengan kegiatan negatif. Sekiranya mengabaikan dan tidak peduli kepada perilaku dan akhlak remaja, maka dengan sendirinya akan lahirlah remaja bermasalah. Sebagai contohnya, Rasulullah SAW telah menunjukkan bahawa golongan yang menjadi fokus dan sasaran utama sejarah pembinaan akhlak dan budi pekerti adalah golongan remaja atau muda-mudi.


{ BUDAYA LEPAK, WAJAR DIELAK }

//DEFINISI BUDAYA LEPAK //
  • Budaya lepak ialah amalan berkumpul tanpa arah tujuan, matlamat, objektif, hala tuju, misi dan visi, biasanya oleh golongan remaja. Mereka memerhati orang ramai yang lalu-lalang di situ, kadang-kadang sambil bermain lagu atau menghisap rokok. Adakalanya mereka mengusik gadis-gadis yang lalu dengan bersiul atau gelak ketawa yang berlebihan dengan keadaan yang tidak menentu. Budaya lepak ini juga sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah.


(Contoh Gambar)


//PUNCA BERLAKUNYA BUDAYA LEPAK//

1) Sikap Ibu bapa
(Contoh Gambar)
Antara punca-punca timbulnya masalah melepak ialah kurangnya kawalan, pengawasan dan perhatian ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mungkin terlalu sibuk dengan hal masing-masing sehingga tidak sempat untuk meluangkan masa melayan dan bermesra dengan anak- anak mereka. Keadaan ini mengakibatkan anak-anak terasa diri mereka diabaikan. Oleh sebab itu, mereka keluar untuk melepak dengan rakan-rakan sebaya kerana ingin mendapatkan perhatian orang ramai. Ada juga ibu bapa yang terlalu mengharapkan anak-anak mereka dididik sepenuhnya oleh guru-guru di sekolah dan tidak mengambil perhatian yang berat dalam pendidikan anak-anak.
2) Keadaan Di Rumah
Selain faktor kecuaian ibu bapa, golongan remaja juga didapati suka melepak kerana berasa bosan tinggal di rumah tanpa sumber hiburan dan kemudahan-kemudahan untuk memenuhi masa mereka secara yang lebih berfaedah. Mereka juga mungkin berasa bosan kerana tiada suasana yang harmoni di rumah mereka kerana setiap ahli keluarga sibuk dengan hal masing-masing dan sering berlaku pertengkaran di rumah. Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak berasa tertekan lalu keluar untuk mencari hiburan dan melepak untuk memenuhi masa lapang mereka.
3) Pengaruh Rakan Sebaya
Rakan juga memainkan peranan penting terhadap penularan gejala lepak di kalangan remaja. Remaja mudah terpengaruh dengan hasutan dan ajakan rakan-rakan untuk mencuba sesuatu perkara yang baru. Pada awalnya mereka menjadikan melepak sebagai perkara suka-suka untuk memenuhi kemahuan rakan tetapi apabila mereka merasakan keseronokan, lama-kelamaan ia menjadi satu tabiat yang sukar untuk dikikis.
4) Persekitaran sosial
(Contoh Gambar)
Ia juga merupakan satu faktor yang amat penting dalam pertumbuhan gejala lepak yang semakin berleluasa ini. Remaja yang tinggal di bandar lebih ramai melepak berbanding dengan remaja yang tinggal di luar bandar. Fenomena ini disebabkan di bandar tersedia pusat membeli-belah, video game atau snuker dan sebagainya yang menjadi pemangkin penting dalam perkembangan remaja melepak.
5) Tekanan Hidup
Remaja memilih melepak sebagai satu escapism atau cara untuk lari daripada tekanan hidup seharian. Antara golongan remaja yang melepak terdiri daripada kalangan remaja yang sedang belajar atau sudah bekerja. Mereka menghadapi tekanan semasa belajar dan tekanan di tempat kerja kerana terpaksa menanggung bebanan pelajaran dan pekerjaan yang teralu banyak. Justeru itu, bagi meghilangkan tekanan hidup, mereka mencari tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai, menyeronokkan dan selesa serta banyak kemudahan sebagai tempat lepak.
//CARA MENGATASI BUDAYA LEPAK//
  • PERANAN IBU BAPASalah satu penyelesaian yang dapat diambil ialah ibu bapa harus berperanan sebagai orang penting untuk memacu anak-anak mereka . Ini kerana seperti diketahui ibu bapalah yang paling hampir dengan remaja. Ibu bapa perlu memberi perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka dimana sentisa memerhatikan pergerakan anak-anak mereka. Selain itu, ibubapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa mereka bersama dengan anak-anak mereka. Ibu bapa juga hendaklah menjadi suri teladan kepada anak.
  • PERANAN KERAJAAN Pihak kerajaan juga perlulah mengambil peranan yang lebih berkesan.Jabatan Penerangan Malaysia haruslah mengiatkan lagi kempen-kempen kesedaran dan anti lepak. Iklan-iklan  dan maklumat tentang kesan amalan melepak sewajarnya  diterbitkan dengan lebih efektif. Menerusi sistem pendidikan, pelajar-pelajar boleh diberi pendedahan tentang bahaya sikap suka melepak. Kurikulum yang lebih bersepadu dan sukatan pelajaran yang lebih menyeluruh perlu digubal dalam usaha mendidik anak-anak tentang bahaya melepak. Selain itu, undang-undang yang lebih ketat perlu dikenakan dengan meluaskan lagi bidang kuasa pihak berkuasa tempatan untuk menahan remaja salah laku. Pihak kerajaan dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan boleh menyediakan kemudahan yang sesuai untuk remaja seperti padang bola atau gelanggang futsal untuk mengalakkan remaja beriadah secara berkumpulan. Dengan cara ini diharapkan remaja mempunyai ruang untuk melepaskan tekanan di samping mendapatkan hiburan melalui riadah.
  • PERANAN BADAN BUKAN KERAJAANSatu lagi langkah yang boleh dijalankan oleh sektor awam dan sektor swasta ialah pelaksanaan sistem waktu kerja yang fleksibel bagi kaum ibu. Perkara ini memandangkan semakin banyak ibu yang bekerja. Oleh itu, mereka tidak dapat menumpukan perhatian antara kerjaya dan keluarga. Jikalau kaum ibu diberi peluang bekerja dengan masa yang fleksibel, tentulah kaum ibu dapat meluangkan lebih banyak masa bermesra dan ambil berat tentang anak-anak mereka. Langkah ini sudah tentu dapat mengurangkan budaya lepak di kalangan remaja. 
  • PERANAN MEDIA MASSA- Di antara inisiatif yang boleh diambil ialah menyiarkan program yang berunsurkan keagamaan, nasihat dan kesedaran tentang bahaya gejala sosial ini kepada masyarakat. Pihak media juga boleh menerbitkan bahan bacaan dan  filem yang memberi pengajaran. Selain itu, mereka bolehlah menganjurkan program untuk ibu bapa demi meningkatkan ilmu keibubapaan.

//PENUTUP//

Slogan ‘Belia Tonggak Negara’, ‘Belia Harapan Bangsa’, ‘Belia Hari Ini Pemimpin Hari Esok’ semakin sukar  kita realisasikan  jika golongan remaja hari ini semakin lemah. Remaja hari hari ini adalah golongan penting dalam masyarakat kerana mereka menjadi tulang belakang kepada sesebuah negara. Remaja yang bakal menjadi belia negara haruslah penyayang, berakhlak mulia, cekal, berani mencuba dan bijak menangani masalah. Ini adalah  sifat yang perlu dikumpul dan digarap untuk menjana negara. Sorotan yang di petik dalam http://www.belia.org.my :Seorang tokoh ilmuwan, Malik Bennabi dalam pandangannya mengenai golongan muda menyatakan bahawa sekiranya generasi muda itu unggul daripada seluruh aspek, maka kita akan saksikan sebuah negara yang unggul dapat dibina, tetapi sekiranya generasi muda itu lemah dan lesu, maka kita akan saksikan keruntuhan sebuah negara.

Sehubungan  dengan itu, kajian yang dibuat berdasarkan  pemerhatian dan tinjauan dalam tempoh masa terhad ini diharapkan dapat memberikan gambaran awal tentang gejala sosial yang melanda masyarakat kini. Permasalahan ini bukan sahaja memberikan kesan kepada struktur masyarakat, bahkan mampu meninggalkan impak yang negatif kepada negara. Perlulah disedari, bahawa remaja masa kini adalah generasi bakal pemimpin negara di masa hadapan. Oleh itu,  adalah menjadi tanggungjawab kita selaku pemimpin di masa kini untuk mengawal dan mencegah penyakit sosial seperti ini agar tidak menjadi lebih parah. Ibu bapa, ahli masyarakat, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan hendaklah memainkan peranan yang sewajarnya. Kita perlulah  bersatu hati dan mengembleng tenaga dalam menjalankan sebarang usaha atau menjayakan kempen dalam mencegah gejala lepak daripada terus berleluasa.

POSTER YANG MENGALAKKAN LAGI
BUDAYA LEPAK DALAM KALANGAN REMAJA

sumber: google.com


{ MASALAH SOSIAL - KIAN PARAH, MAKIN MENJADI }

<<Budaya Lepak, Wajar Dielak >>

Budaya lepak ialah amalan berkumpul tanpa arah tujuan, matlamat, objektif, hala tuju, misi dan visi, biasanya oleh golongan remaja. Mereka memerhati orang ramai yang lalu-lalang di situ, kadang-kadang sambil bermain lagu atau menghisap rokok. Adakalanya mereka mengusik gadis-gadis yang lalu dengan bersiul atau gelak ketawa yang berlebihan dengan keadaan yang tidak menentu. Budaya lepak ini juga sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah.


Faktor berlakunya budaya lepak adalah disebabkan oleh : 

  • masalah keluarga-  Ahli keluarga mereka sering bergaduh hingga menyebabkan penceraian ibu bapa. Oleh sebab itu, mereka memilih aktiviti melepak sebagai saluran untuk mereka melepaskan tekanan dan mengurangkan stres. 
  • pengaruh rakan- Terdapat juga kumpulan remaja yang merokok bersama rakan-rakan mereka sebagai cara untuk menenangkan diri daripada masalah yang dihadapi.

<<Buli, Tiba Masa Untuk Ditangani>>



Selain itu, budaya buli juga sering berlaku dalam kalangan remaja. Masalah ini selalunya berlaku dalam kalangan pelajar sekolah menengah, pelajar universiti dan para belia. Masalah ini begitu serius hingga boleh mengakibatkan kematian oleh mangsa yang dibuli.

Faktor berlakunya budaya buli adalah disebabkan oleh :


  • pengaruh media massa- Kajian mendapati majoriti golongan yang melakukan perbuatan buli ini adalah disebabkan oleh pengaruh media massa seperti filem aksi dan animasi.
  • ingin menunjukkan kekuatan-  Bukan itu sahaja, faktor ingin menunjukkan kekuatan juga turut menjadi pemangkin kepada masalah ini. Oleh yang demikian, perkara ini haruslah dibendung secepat yang mugkin demi mengelakkan kes ini semakin berlarutan dan semakin teruk.




<<Lari Dari Rumah, Pemangkin Remaja Bermasalah>>


Gejala lari dari rumah juga semakin popular dalam kalangan remaja kini. Hal ini dapat dibuktikan melalui surat khabar dan saluran-saluran berita yang kerap menayangkan isu-isu hangat seperti ini melalui media massa. Remaja yang lari dari rumah kebanyakannya lari bersama teman lelaki atau teman wanita mereka. Disebabkan oleh pergaulan bebas yang berlaku antara perempuan dan lelaki, remaja akhirnya bertindak mengikut nafsu dan akhirnya menuju ke jalan yang salah. Salah satu punya yang menjadi punca kepada masalah ini ialah kurangnya pengawasan ibu bapa akan anak-anak mereka. Perkara yang sering berlaku antara pasangan lelaki dan perempuan yang telah menjalinkan hubungan ialah bertemu secara sulit di tempat-tempat yang tertutup dan melakukan perkara yang salah di sisi agama. Disebabkan  sikap ibu bapa yang tidak peka akan perkembangan anak mereka, perkara-perkara terlarang mudah dilakukan oleh remaja pada masa ini.



<< Budaya Ponteng, Bukan Masalah Enteng>>


Seterusnya, wujud juga masalah ponteng sekolah dalam kalangan remaja yang mejadi masalah sosial yang hangat dibahaskan di peringkat sekolah hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Golongan yang melakukan gejala ini ponteng sekolah mempunyai pelbagai tujuan seperti ingin pergi kafe siber, melepak, takut dimarahi oleh guru disebabkan kerja sekolah yang belum siap dan banyak lagi. Gejala ini sering kali berpunca daripada golongan ibu bapa yang gagal menjalankan tugas mereka sebagai penjaga yang prihatin dan memberi kasih sayang serta motivasi terhadap anak-anak mereka. Ini menyebabkan anak-anak mereka lebih terpanggil untuk meluangkan masa dengan aktiviti yang menyeronokkan dan sesuai dengan keadaan perasaan mereka. Para ibu bapa lebih menumpukan masa dan tenaga mereka untuk mencari pendapatan tambahan sehingga mereka terlupa akan tanggungjawab mereka yang sebenarnya. Perkara ini mengakibatkan anak-anak muda yang masih mentah ini terpengaruh dengan ajakan-ajakan liar.

<<Lumba Haram, Pesta di Kala Malam>>


Di samping itu, kegiatan lumba haram juga merupakan salah satu gejala sosial. Mereka melakukan  lumba haram di tempat-tempat tertentu bersama kawan-kawan yang dalam kumpulan yang besar. Mereka tidak mempedulikan risiko yang boleh berlaku terhadap diri mereka. Punca bagi masalah ini adalah disebabkan telah dipengaruhi dengan amalan-amalan yang dilakukan oleh masyarakat barat. Minat yang terlalu ekstrim juga menjadi penyumbang ke arah kehancuran akhlak para remaja ini.
Untuk mengatasi masalah sosial yang wujud dalam masyarakat kita, pihak berkuasa perlulah memainkan peranan yang penting seperti menguatkuasakan undang-undang dan menjatuhkan hukuman yang berat kepada pesalah-pesalah yang sengaja melakukan aktiviti-aktiviti gejala sosial ini. Begitu juga pihak ibu bapa haruslah mengambil berat terhadap anak-anak mereka dengan lebih lagi supaya dapat mengelakkan anak-anak mereka terjerumus dengan kancah-kancah yang tidak baik seperti ini. Sebagai rakyat malaysia yang prihatin, kita haruslah berganding bahu dalam mengatasi masalah ini, masing-masing perlu ada kesedaran untuk bertindak demi melahirkan individu yang gemilang dan terbilang.




Read more »