{ TIGA BUDAK KAMPUNG } pengikut setia assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera! semoga blog ini bermanfaat buat pengunjung semua ;D { SELAMAT DATANG ORANG KAMPUNG SEMUA } { BERSAMA PN NORHAYATI BT IDRIS,PENSYARAH GSB1102 } { KREDIT }
| { MASALAH SOSIAL - KIAN PARAH, MAKIN MENJADI }
<<Budaya Lepak, Wajar Dielak >>
Budaya lepak ialah amalan berkumpul tanpa arah tujuan, matlamat, objektif, hala tuju, misi dan visi, biasanya oleh golongan remaja. Mereka memerhati orang ramai yang lalu-lalang di situ, kadang-kadang sambil bermain lagu atau menghisap rokok. Adakalanya mereka mengusik gadis-gadis yang lalu dengan bersiul atau gelak ketawa yang berlebihan dengan keadaan yang tidak menentu. Budaya lepak ini juga sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah.
Faktor berlakunya budaya lepak adalah disebabkan oleh :
<<Buli, Tiba Masa Untuk Ditangani>>
Selain itu,
budaya buli juga sering berlaku dalam kalangan remaja. Masalah ini selalunya berlaku dalam kalangan pelajar sekolah menengah, pelajar universiti dan para belia. Masalah ini begitu serius hingga boleh mengakibatkan kematian oleh mangsa yang dibuli.
Faktor berlakunya budaya buli adalah disebabkan oleh :
<<Lari Dari Rumah, Pemangkin Remaja Bermasalah>>
Gejala lari dari rumah juga semakin popular dalam kalangan remaja kini. Hal ini dapat
dibuktikan melalui surat khabar dan saluran-saluran berita yang kerap menayangkan isu-isu hangat seperti ini melalui media massa. Remaja yang lari dari rumah kebanyakannya lari bersama teman lelaki atau teman wanita mereka. Disebabkan oleh pergaulan bebas yang berlaku antara perempuan dan lelaki, remaja akhirnya bertindak mengikut nafsu dan akhirnya menuju ke jalan yang salah. Salah satu punya yang menjadi punca kepada masalah ini ialah kurangnya pengawasan ibu bapa akan anak-anak mereka. Perkara yang sering berlaku antara pasangan lelaki dan perempuan yang telah menjalinkan hubungan ialah bertemu secara sulit di tempat-tempat yang tertutup dan melakukan perkara yang salah di sisi agama. Disebabkan sikap ibu bapa yang tidak peka akan perkembangan anak mereka, perkara-perkara terlarang mudah dilakukan oleh remaja pada masa ini.
<< Budaya Ponteng, Bukan Masalah Enteng>>
Seterusnya, wujud juga masalah ponteng sekolah dalam kalangan remaja yang mejadi masalah sosial yang hangat dibahaskan di peringkat sekolah hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Golongan yang melakukan gejala ini ponteng sekolah mempunyai pelbagai tujuan seperti ingin pergi kafe siber, melepak, takut dimarahi oleh guru disebabkan kerja sekolah yang belum siap dan banyak lagi. Gejala ini sering kali berpunca daripada golongan ibu bapa yang gagal menjalankan tugas mereka sebagai penjaga yang prihatin dan memberi kasih sayang serta motivasi terhadap anak-anak mereka. Ini menyebabkan anak-anak mereka lebih terpanggil untuk meluangkan masa dengan aktiviti yang menyeronokkan dan sesuai dengan keadaan perasaan mereka. Para ibu bapa lebih menumpukan masa dan tenaga mereka untuk mencari pendapatan tambahan sehingga mereka terlupa akan tanggungjawab mereka yang sebenarnya. Perkara ini mengakibatkan anak-anak muda yang masih mentah ini terpengaruh dengan ajakan-ajakan liar.
<<Lumba Haram, Pesta di Kala Malam>>
Di samping itu, kegiatan lumba haram juga merupakan salah satu gejala sosial. Mereka melakukan lumba haram di tempat-tempat tertentu bersama kawan-kawan yang dalam kumpulan yang
besar. Mereka tidak mempedulikan risiko yang boleh berlaku terhadap diri mereka. Punca bagi masalah ini adalah disebabkan telah dipengaruhi dengan amalan-amalan yang dilakukan oleh masyarakat barat. Minat yang terlalu ekstrim juga menjadi penyumbang ke arah kehancuran akhlak para remaja ini.
Untuk
mengatasi masalah sosial yang wujud dalam masyarakat kita, pihak berkuasa perlulah memainkan peranan yang penting seperti menguatkuasakan undang-undang dan menjatuhkan hukuman yang berat kepada pesalah-pesalah yang sengaja melakukan aktiviti-aktiviti gejala sosial ini. Begitu juga pihak ibu bapa haruslah mengambil berat terhadap anak-anak mereka dengan lebih lagi supaya dapat mengelakkan anak-anak mereka terjerumus dengan kancah-kancah yang tidak baik seperti ini. Sebagai rakyat malaysia yang prihatin, kita haruslah berganding bahu dalam mengatasi masalah ini, masing-masing perlu ada kesedaran untuk bertindak demi melahirkan individu yang gemilang dan terbilang.
<<Budaya Rempit, Simbol Pemikiran Sempit>>
'Mat Rempit' merupakan istilah baru yang muncul dalam diari kehidupan
anak-anak muda. 'Mat Rempit merujuk kepada gelagat atau perilaku anak muda
yang terlibat dalam kegiatan lumba motosikal haram. Isu Mat Rempit dan kerenah
buruk mereka sering kali dipaparkan dalam media tempatan di negara ini.Mereka tidak pernah serik ditahan polis,dijatuhkan hukuman oleh
mahkamah atau melihat rakan ‘seperjuangan’ maut di depan mata mereka malah terus menjadi raja di jalan raya . Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, budaya
kumpulan motosikal ‘Hell-Angel’ itu ditiru secara tidak langsung oleh Mat
Rempit sehingga mereka turut terjerumus dalam kegiatan jenayah. Statistik polis
pula menunjukkan bahawa majoriti golongan berani mati ini terdiri daripada
remaja yang masih bersekolah hinggalah remaja berusia 20-an yang bakal merajui
Negara. .Masyarakat kita haruslah sama-sama berganding bahu mengenal pasti
punca-punca gejala Mat Rempit dan mencari langkah-langkah yang sewajarnya untuk
meminimumkan masalah ini.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh media massa merupakan punca dominan kepada masalah Mat Rempit yang semakin berleluasa pada masa kini. Pengaruh budaya luar yang diserap ke dalam media massa telah meracuni fikiran belia. Perbuatan tidak bermoral Mat Rempit seperti penagihan dadah, seks bebas, pengambilan alkohol. Jenayah ragut, dan sebagainya sebenarnya meniru budaya ‘Hell-Angel’ dari Amerika Syarikat. Budaya tersebut telah disanjungi oleh remaja kerana menganggap ilusi ‘cool’ mereka sebagai aktiviti menyeronok. Selain itu, filem-filem yang mengandungi unsur-unsur perlumbaan juga terus mempengaruhi minda remaja. Contohnya, filem-filem seperti ‘Tokyo Drift’, Fast And The Furious’, ‘Initial-D’, dan ‘Kuala Lumpur Menjerit’ telah mendorong golongan remaja mempelajari aksi-aski pelakon yang dianggap bergaya dalam filem-filem tersebut. Golongan Mat Rempit yang dipengaruhi oleh media massa pula ghairah mengubahsuaikan motosikal mereka seperti yang ditunjukkan dalam filem sehingga mengabaikan ciri-ciri keselamatan. Isu Mat Rempit yang semakin berleluasa juga disebabkan oleh kelonggaran penguatkuasaan undang-undang. Contohnya, usaha polis trafik yang mengadakan sekatan jalan raya dan mengawasi pengerakan Mat Rempit seolah-olah diperlekehkan oleh golongan Mat Rempit. Hal ini menyebabkan mereka semakin mendabik dada untuk mencabar kewibawaan undang-undang. Mereka yang bijak melarikan diri daripada pengawasan pihak berkuasa dan akan cuba beberapa kali untuk berlumba di atas jalan raya. Mereka tidak berasa jemu masuk ke lokap apabila ditangkap kerana mereka berupaya membayar kompaun atau saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Mereka akan memberanikan diri untuk menperjudikan nyawa diri di atas jalan raya semata-mata untuk keseronokan. Menurut statistik yang dikeluarkan, gejala Mat Rempit bukan sahaja tertumpu di Kuala Lumpur tetapi telah merebak hampir kesemua negeri di Malaysia. Suasana hening malam minggu juga bertukar menjadi bingit dan bising dengan deruman motosikal. Bagi membendung masalah Mat Rempit ini daripada terus berleluasa, langkah-langkah inisiatif haruslah diambil dengan secepat mungkin. Undang-undang yang lebih ketat dan sistematik dan haruslah dikuatkuasakan. Pihak polis haruslah meningkatkan langkah pnguatkuasaan dan tidak berkompromi dengan golongan ini serta mengelakkan daripada amalan mengambil rasuah semasa mengambil tindakan terhadap mereka. Contohnya, polis trafik telah mengarahkan 5000 pengawai dan anggota menjalankan operasi secara besar-besaran untuk menangani masalah Mat Rempit bagi memastikan mereka tidak menggugat ketenteramam awam menjelang Tahun Melawat Malaysia 2007. Cadangan untuk merampas motosikal dan menggantung lesen mereka yang terlibat dalam dalam gejala lumba haram juga terlihat sebagai satu prakasa yang dapat menangani masalah ini. Secara tidak langsung, langkah ini juga akan memberi isyarat yang nyata bahawa kerajaan memandang serius terhadap gejala Mat Rempit ini. Kesimpulannya, masalah Mat Rempit haruslah dikekang secara bersepadu melalui kerjasama daripada pihak ibu bapa, masyarakat dan kerajaan. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Sikap berganding bahu dan menggembleng kudrat antara pihak-pihak tertentu amat penting untuk meminimumkan gejala ini. Hal ini disebabkan Mat Rempit terdiri daripada golongan remaja belia yang bakal menerajui kepimpinan sesebuah negara. Mereka ini merupakan modal insan yang sangat berharga sekiranya didekati, dibimbing, dipupuk dengan nilai, dan akhlak yang mulia. Mereka perlu disemai dengan ciri-ciri berhemah tinggi, bertanggungjawab, cinta akan negara dan bangsa. Kemungkinan dengan usaha tanpa henti daripada semua pihak, deruman enjin motosikal dan aksi gila Mat Rempit tidak akan kedengaran lagi pada suatu hari nanti. Oleh itu, isu Mat Rempit perlu diambil berat dan diminimumkan dengan segera agar masalah ini tidak menjadi duri dalam daging ya
Sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang
kelakuan anak mereka juga mengakibatkan gejala Mat Rempit. Pada masa
kini, sikap ibu bapa yang mementingkan aspek materialistik telah menyebabkan
mereka begitu fanatik untuk mencari wang demi meningkatkan kehidupan mereka.
Akibatnya, mereka telah mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa untuk
mendidik anak mereka. Mereka tidak mengambl berat tentang keselamatan anak
mereka dan membiarkan anak mereka menunggang motosikal tanpa berlesen. Situasi
ini amat berbahaya kerana anak mereka yang tanpa lesen tidak mengetahui
keselamatan dan kemungkinan besar terlibat dalam perlumbaan haram. Selain itu,
mereka juga akan merayau-rayau di jalan raya. Mat rempit ini juga ibarat kutu
rayau yang suka merayau dan mengganggu ketenteraman pada waktu malam. Di
samping itu, sesetengah ibu bapa terlalu liberal terhadap sosial dan tidak
pernah menegur tingkah laku anak mereka sudah tentu memburukkan keadaan ini.
Sekiranya ibu bapa tidak berupaya memberi tunjuk ajar yang betul, sudah tentu
jati diri anak yang dibentuk jauh rapuh. Sikap ibu bapa inilah ibarat ketam
menyuruh anaknya berjalan lurus.
Sikap ibu bapa yang seharusnya prihatin terhadap
kegiatan anak mereka juga dapat mengurangkan gejala Mat Rempit. Ibu bapa
haruslah meluangkan lebih banyak masa untuk mendidik anak-anak mereka. Mereka
juga harus dijadikan sebagai teladan yang baik terhadap anak-anak mereka supaya
amalan-amalan bermoral dapat dicontohi oleh anak-anak mereka. Hal ini
menggambarkan ‘bagaimana acuan, begitulah kuihnya’ telah menunjukkan betapa
pentingnya pengaruh ibu bapa terhadap anak-anak. Ibu bapa juga harus
mementingkan kebajikan anak mereka tetapi bukan kelihatan liberal tentang
sosial. Sikap begini secara tidak langsung dapat membantu dalam mengurangkan
kes-kes yang membabitkan Mat Rempit. Sebagaimana gejala sosial yang lain,
peranan yang dimainkan oleh ibu bapa amat penting untuk menjayakan sebarang
usaha menangani masalah tersebut. Mereka harus bersikap positif dan aktif dalam
bekerjasama dengan pihak masyarakat supaya dapat membendung masalah ini. Sikap
ibu bapa yang tidak endah terhadap apa-apa yang berlaku di sekeliling mereka
juga harus dielakkan. Hal ini dapat menjamin supaya gejala Mat Rempit dapat
diatasi dengan mujarab.
Masalah Sosial : Gejalah Rasuah
Rasuah merupakan gejala yang sinonium dengan masyarakat kita pada hari ini. Definisi rasuah secara literalnya bermaksud sogokan atau secara konseptualnya bermaksud wang yang diberikan oleh orang tertentu kepada pihak lain untuk menyembunyikan sesuatu perkara atau untuk mendapatkan sesuatu denagn cara yang mudah dan cepat tetapi salah mengikut undang-undang negara. Gejala ini merupakan duri dalam daging dalam kalangan masyarakat kita. Syed Hussein al atas menyatakan bahawa rasuah sebagai penyalahgunaan kepercayaan untuk kepentingan peribadi. Menurut Transparency International, Indeks Persepsi Rasuah (CPI), malaysia berada pada tangga ke 47 daripada 180 buah negara pada tahun 2008 dan keadaan ini amat membimbangkan kerana gejala rasuah ini memberi kesan yang buruk kepada nama baik negara kita. Rasuah yang berleluasa juga mencemarkan integriti dan maruah malaysia sekaligus menimbulkan kesan negatif.
Gejala
rasuah di malaysia berada pada tahap sederhana dan terkawal. Namun begitu, amalan
rasuah masih berlaku dalam semua peringkat kehidupan manusia. Amalan rasuah
juga merupakan penyakit masyarakat yang sukar diatasi kerana pengetahuan
tentang keburukan gejala rasuah ini kurang diketahui oleh masyarakat pada hari
ini. Walau bagaimanapun, masyarakat sekarang yang masih mengamalkan amalan
rasuah ini harus sedar bahawa undang-undang negara kita tidak akan memandang
enteng amalan rasuah ini kerana perkara ini merupakan amalan yang buruk yang
boleh menggugat keamanan dan ketenteraman masyarakat setempat mahupun negara.
Pihak mahkamah akan menjatuhkan hukuman yang berat kepada pembeeri dan penerima
rasuah jika mereka ditangkap. Statistik terkini menunjukkan bahawa bilangan kes
rasuah yang disiasat meningkat dua kali ganda, daripada 663 kes (2001) kepada
1317 (2006). Bilangan tangkapan juga meningkat dari 318 (2001) kepada 564
(2006). Jika amalan ini masih berterusan, ia dapat menggugat keutuhan
masyarakat dan tidak mustahil suatu hari nanti negara kita akan tergadai.
Setiap
perkara yang berlaku pasti ada puncanya seperti yang nyatakan dalam perumpamaan
melayu, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Salah satu puncanya ialah
kurangnya didikan agama dan moral. Hal ini demikian kerana, pegangan agama yang
kuat mampu membendung gejala ini dan setiap agama juga melarang penganutnya
melakukan sesuatu yang boleh memudarkeluarga, masyarakat dan negara. Orang yang
tidak mempunyai iman yang kuat senang terpengaruh dengan kebendaan dan sering
mengejar kekayaan. Mereka harus sedar bahawa setiap wang yang
dibelanjakan hasil daripada rasuah merupakan wang haram dan tidak boleh
digunakan untuk keperluan harian anak-anak. Hal ini demikian kerana, dalam
agama Islam terutamanya, melarang keras penganutnya melakukan amalan ini dan
jika mereka membeli makanan daripada wang hasil rasuah makanan itu haram
diberikan kepada anak-anak untuk dimakan kerana makanan yang haram dapat
menggelapkan hati manusia. Oleh itu, didikan agama amat penting dan merupakan
asas untuk membendung segala masalah sosial seperti rasuah.
Setiap punca
masalah ynag berlaku pasti ada jalan penyelasaiannya bak kata pepatah di mana
ada kemahuan di situ ada jalan. Jika kita ingin membendung gejala ini, pasti
ada langkahnya. Ibu bapa dan guru perlu menanamkan nilai murni dalam jiwa
setiap anak tentang keburukan rasuah. Hal ini demikian kerana, melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Ibu bapa sendiri perlulah bersikap jujur kepada diri
sendiri iaitu, ibu bapa sendiri perlulah menjauhi amalan rasuah kerana jika ibu
bapa yang melakukan rasuah dan cuba untuk menasihati anak-anaknya untuk tidak
melakukan perkara itu, nescaya anak itu tidak akan mendengar nasihat ibu
bapanya. Hal ini disebabkan oleh ketidakcekapan ibu bapa untuk menanam atau
memupuk nilai murni dalam diri anak-anak mereka. Pihak guru juga boleh
berkongsi maklumat terkini tentang gejala rasuah ini kepada pelajar-pelajarnya
sebagai pengetahuan juga sebagai teladan dalam kehidupan seharian. Dengan itu,
kerjasama daripada pihak ibu bapa dan guru boleh melahirkan pelajar yang
mempunyai nilai-nilai murni yang baik dan benci kepada amalan rasuah.
Kesungguhan
daripada pihak kerajaan untuk membendung amalan ini juga amat penting. Kerajaan
telah menggubal Pelan Integriti Nasional PIN. Pelan Integriti Nasional adalah satu pelan atau rancangan yang dirancangkan
serta dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan fokus utamanya
untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di kalangan
semua lapisan masyarakat Malaysi. Institut Integriti Malaysia
(IIM), ditubuhkan sebagai agensi penyelaras dan pemantau pelaksanaan Pelan
Integriti Nasional (PIN). Objektif utama IIM ialah untuk membangunkan sebuah
bangsa Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan menghayati nilai-nilai
murni sejagat. Kedua dua in juga
ditubuhkan bertujuan untuk memberikan kesedaran dan pendidikan tentang
keburukan rasuah. Pada tahun 2008, Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah SPRM telah diluluskan di Dewan Rakyat dan ia bermaksud SPRM diberi kuasa
penuh untuk menghapuskan rasuah. Oleh itu, rasuah merupakan penyakit yang perlu
ditangani segera sebelum ia menjadi lebih serius.
Tuntasnya,
semua pihak tidak kira pangkat atau harta, mestilah bersatu dan menggembleng
tenaga untuk memeastikan rasuah gejala yang berjangkit ini dapat diatasi.
Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Rasuah juga terjadi disebabkan
faktor dalaman dan luaran. Rasuah juga berlaku di mana-mana sahaja tanpa batas
waktu dan tempat. Pihak berkuasa terutamanya perlu mengelakkan diri daripada
terlibat dengan gejala ini kerana umum diketahui, ramai pihak berkuasa menerima
rasuah dan tidak amanah melaksanaknan tugas dan tanggungjawab. Harapan saya
agar amalan rasuah ini dapat dibanteras hingga ke akar umbi. Tindakan yang
diambil hendaklah saksama dan bukan sekadar terhadap golongan “ikan bilis”
tetapi juga terhadap golongan atasan. Mereka yang bersalah wajar dikenakan
hukuman yang berat kerana telah mereka telah menconteng arang kepada negara
kita.
Masalah Sosial : Isu pembuangan Bayi
Pembuangan bayi biasanya melibatkan golongan remaja yang bertindak terburu-buru ketika mengambil tindakan. Kemelut yang semakin serius ini bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi dengan nyiru lagi apabila akhbar-akhbar perdana negara sering memaparkan kejadian ini dalam akhbar mereka dengan begitu meluas tanpa segan-silu. Hal ini bukan sahaja menyusahkan pelbagai pihak malah imej negara kita akan tercalar. Jadi, sebelum mencari jalan penyelesaiannya, kita perlulah mengenal pasti sebab musabab yang menjadi akar umbinya sebelum kemelut ini menjadi barah kerana kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.
Kemelut ini
berlaku lantaran kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja kita.
Kekurangan ini mungkin akibat kekurangan didikan dan perhatian ibu bapa serta
impak kemodenan yang melanda negara kita. Remaja kita tidak mempunyai pegangan
agama yang tebal dan mudah dipengaruhi oleh desakan seksual mereka itu. Tanpa didikan
agama yang teguh, mereka tidak dapat membezakan sesuatu perbuatan mereka itu
betul atau salah dan tidak dapat membezakan antara hak dengan batil. Hal ini
dapat dilihat apabila remaja perempuan mudah terlibat dalam kancah perzinaan
sedangkan berzina itu haram di sisi agama. Kesannya, banyak anak luar nikah
yang lahir dan akhirnya bayi yang tidak berdosa itu dibuang demi menutup malu
perbuatan remaja yang goyah imannya. Jadi, didikan agama yang kurang mantap
menyebabkan masalah ini kian meruncinng.
Selain itu,
isu ini turut berleluasa kerana institusi kekeluargaan itu sendiri sudah
runtuh. Sudah menjadi kebiasaan kini sesebuah keluarga itu tidak mempunyai
ayah atau ibu untuk mendidik. Ketiadaan ini menyebabkan tanggungjawab mendidik
anak tidak menjadi satu keperluan yang harus dipenuhi dengan baik. Menurut
kajian Jabatan Kebajikan Masyarakat bahawa 50 peratus masalah sosial remaja
berpunca daripada keluarga yang porak peranda. Ibu atau bapa yang tunggal
sering sibuk mencari tuntutan nafkah untuk menyara kehidupan keluarganya.
Lantaran itu, mereka telah mengabaikan tanggungjawab hakiki mereka dalam
mendidik dan memantau setiap perlakuan anak mereka. Pengabaian ini akhirnya
mengundang padah apabila anak mereka terlibat dalam perbuatan yang sumbang. Sesungguhnya,
keadaan inilah yang menyebabkan masalah pembuangan bayi menjadi-jadi.
Sikap
masyarakat yang terlalu suka menghukum turut menjadi penyebab pembuangan
bayi ini berlaku. Kita suka menganggap bahawa wanita yang mengandung tanpa
suami ini sebagai melakukan kesalahan tanpa menimbang keadaan yang menjurus
kemelut itu berlaku. Mungkin ada antara mereka yang mengandung disebabkan
tindakan manusia yang durjana sehingga sanggup merogol gadis yang tidak
berdosa. Dalam hal ini, wajarkah remaja itu dipersalahkan oleh perbuatan
manusia yang tidak berhati perut itu? Sememangnya kita harus bersimpati
terhadap mereka tetapi keadaan menjadi lebih rumit apabila terdapat segelintir
daripada ahli masyarakat kita yang lebih suka menunding jari kepada sesetengah
remaja tanpa meneliti punca yang menjadi permasalahan ini. Malangnya, masih
terdapat pemikiran masyarakat yang kolot lalu menyebabkan remaja tidak
mempunyai tempat untuk mengadu masalah mereka sehingga sanggup membiarkan anak
mereka berada di tempat yang tidak sepatutnya daripada dipandang jijik oleh
masyarakat. Tegasnya, sikap masyarakat seumpama ini merupakan pemangkin gejala
ini.
Arus
kemodenan terutama melalui media massa telah menyemarakkan masalah ini.
Program dari Barat yang mengaitkan kebebasan dalam pergaulan telah menyebabkan
remaja mudah terpengaruh. Kehidupan moden sering dikaitkan dengan hubungan
seksual yang bebas. Remaja yang baru berumur setahun jagung dan berdarah
setampuk pinang sering dikuasai oleh perasaan ingin mencuba pasti akan
meniru aksi-aksi atau adegan-adegan panas yang terdapat dalam filem Barat bagi
memuaskan nafsu mereka. Mereka tidak lagi berasa takut ketika melakukan perkara
yang terkutuk itu asalkan nafsu berahi mereka dapat dipenuhi. Lantaran itu,
masalah ini terus menerus menjadi sesuatu yang lumrah dan menjadi darah
daging dalam hidup mereka. Sebagai akibatnya, lahirlah anak luar nikah dan
masalah pembuangan bayi semakin sukar dikawal lantaran ingin menutup rasa aib
atas perbuatan ibu bapa yang masih remaja itu.
Sebelum kudis
menjadi tokak, kemelut remaja ini haruslah diatasi segera. Kita tidak
seharusnya mendopang dagu tetapi pelbagai pendekatan yang proaktif perlulah
diambil demi menangani masalah ini kerana di mana ada kemahuan di situ ada
jalan. Satu daripada langkah yang perlu dilaksanakan ialah semua
lapisan masyarakat hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui
pelbagai program. Pendidikan ini bertujuan memberikan buah fikiran mengenai
perkahwinan yang sah kepada rakyat. Melalui cara ini, orang ramai akan menjadi
lebih berhati-hati supaya tidak melakukan perbuatan sumbang. Perkara ini harus
ditekankan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya para remaja. Sebagai
contohnya, program pendidikan keibubapaan perlu diadakan untuk mendidik remaja
tentang perkara yang perlu diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. Tegasnya,
orang ramai perlu diberi kesedaran tentang kesan buruk aktiviti pembuangan
bayi.
Selain
itu, pihak berkenaan hendaklah mengadakan ceramah atau kempenpada
peringkat sekolah mahupun peringkat taman-taman perumahan. Melalui program
tersebut, masyarakat dapat diberi kesedaran tentang keburukan pergaulan bebas.
Seperti yang kita ketahui, kes pembuangan bayi berpunca daripada pergaulan
bebas yang dianggap sebagai suatu perkara biasa bagi warga urban kini. Kita seharusnya
mengelakkan diri daripada unsur negatif tersebut supaya tidak menjadi seperti
sudah terhantuk baru nak tengadah. Sebagai contohnya, kempen kesedaran ini
perlu dilakukan secara besar-besaran melalui iklan, risalah dan lain-lain.
Kempen murni ini haruslah dilakukan secara berketiak
ular dan bukannya hangat-hangat tahi ayam. Sesungguhnya, usaha
dinamik dan secara konsisten ini diperlukan untuk membimbing rakyat supaya
sentiasa berada di landasan yang betul dalam kehidupan.
Langkah yang
seterusnya ialah pihak kebajikan masyarakat perlu menyediakan perkhidmatan
kaunseling. Khidmat nasihat hendaklah diberikan kepada mangsa rogol dan
individu yang mengandung tanpa nikah. Hal ini disebabkan mangsa mengalami
ketidakstabilan emosi dan mungkin akan cuba mencederakan diri sendiri. Sebagai
contohnya, mangsa rogol sanggup membunuh diri kerana tidak dapat menerima
kenyataan sebenar. Penubuhan Rumah Sri Puteri oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
dapat memberikan perlindungan dan khidmat nasihat kepada mereka yang telah
terlanjur ini. Oleh hal yang demikian, pusat kaunseling perlu diperbanyak di
seluruh negara untuk membantu mangsa-mangsa tersebut daripada terus melakukan
perkara yang terkutuk.
Di samping
itu, pesalah yang disabitkan kesalahan berzina atau kes rogol perlu
dikenakan hukuman yang berat. Perogol atau orang yang mencabul kehormatan
wanita merupakan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Mereka perlu dijatuhi
hukuman yang berat sebagai peringatan kepada orang lain. Hal ini menyebabkan
wanita-wanita ini kehilangan harga diri dan terpaksa menanggung malu sepanjang
hayatnya. Perkara tersebut juga akan menconteng arang ke muka ahli
keluarga mangsa. Oleh sebab itu, undang-undang negara perlu dikuatkuasakan
supaya perogol atau mereka yang berzina berasa serik atau takut untuk melakukan
perkara tersebut yang salah di sisi agama. Sebagai contohnya, hukuman bagi
kesalahan berzina dan merogol adalah seperti penjara dan hukuman sebat. Hal ini
dapat mengurangkan jenayah pembuangan bayi yang tidak berdosa itu di negara
kita.
Seterusnya, pendidikan
agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk menyedarkan
anak-anak tentang dosa dan balasan yang akan diterima. Ibu bapa hendaklah
menitikberatkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak dan proses ini hendaklah
diteruskan walaupun seseorang itu telah meningkat umur dewasa. Pendidikan agama
dan moral amatlah penting dan perlulah disemaikan dalam sanubari
rakyat. Albert Einstein pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta
dan ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Hal ini menunjukkan peri pentingnya
didikan agama dan moral dalam kehidupan kita supaya kehidupan tidak menjadi
terumbang-ambing seperti kapal tanpa nakhoda. Sebagai contohnya, anak-anak
perlu diberi didikan agama sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya dengan menyuruh anak-anak tidak mengabaikan solat kerana
bersolat itu dapat mencegah daripada melakukan kemungkaran. Cara ini adalah
efektif untuk mewujudkan masyarakat yang bebas daripada kes pembuangan bayi.
Kesimpulannya,
masalah pembuangan bayi ini yang disebabkan oleh banyak faktor mempunyai
pendekatan yang tersendiri untuk diatasi jika dikaji secara telus. Pelbagai
pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk
menyelesaikan dan mengurangkan kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita.
Masalah tersebut akan menular dan menjadi duri dalam daging jika
tidak ditangani segera ketika negara sedang berusaha untuk mencapai wawasan
2020. Kerjasama daripada semua pihak adalah amat penting untuk membendung
masalah ini kerana ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama
dituruni.Melalui usaha ini, hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang
sihat dan terbilang dari segi lahiriah dan rohaniah dapat direalisasikan.
|