//super awesome !- isu gejala sosial
{ TIGA BUDAK KAMPUNG }

Navigation : touch hover image



celoteh tuan tanah

pengikut setia

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera! semoga blog ini bermanfaat buat pengunjung semua ;D


{ SELAMAT DATANG ORANG KAMPUNG SEMUA }



{ BERSAMA PN NORHAYATI BT IDRIS,PENSYARAH GSB1102 }

dari kiri Jason, Adolf, Pn Norhayati, Mohd Asyraf

{ KREDIT }

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin AppyHamid
Guided by: Puan Norhayati binti Idris
Writen by: Appy Hamid Jason Mathew Adolf Cory
Others:   


{ BUDAYA LEPAK, WAJAR DIELAK }

//DEFINISI BUDAYA LEPAK //
  • Budaya lepak ialah amalan berkumpul tanpa arah tujuan, matlamat, objektif, hala tuju, misi dan visi, biasanya oleh golongan remaja. Mereka memerhati orang ramai yang lalu-lalang di situ, kadang-kadang sambil bermain lagu atau menghisap rokok. Adakalanya mereka mengusik gadis-gadis yang lalu dengan bersiul atau gelak ketawa yang berlebihan dengan keadaan yang tidak menentu. Budaya lepak ini juga sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah.


(Contoh Gambar)


//PUNCA BERLAKUNYA BUDAYA LEPAK//

1) Sikap Ibu bapa
(Contoh Gambar)
Antara punca-punca timbulnya masalah melepak ialah kurangnya kawalan, pengawasan dan perhatian ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mungkin terlalu sibuk dengan hal masing-masing sehingga tidak sempat untuk meluangkan masa melayan dan bermesra dengan anak- anak mereka. Keadaan ini mengakibatkan anak-anak terasa diri mereka diabaikan. Oleh sebab itu, mereka keluar untuk melepak dengan rakan-rakan sebaya kerana ingin mendapatkan perhatian orang ramai. Ada juga ibu bapa yang terlalu mengharapkan anak-anak mereka dididik sepenuhnya oleh guru-guru di sekolah dan tidak mengambil perhatian yang berat dalam pendidikan anak-anak.
2) Keadaan Di Rumah
Selain faktor kecuaian ibu bapa, golongan remaja juga didapati suka melepak kerana berasa bosan tinggal di rumah tanpa sumber hiburan dan kemudahan-kemudahan untuk memenuhi masa mereka secara yang lebih berfaedah. Mereka juga mungkin berasa bosan kerana tiada suasana yang harmoni di rumah mereka kerana setiap ahli keluarga sibuk dengan hal masing-masing dan sering berlaku pertengkaran di rumah. Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak berasa tertekan lalu keluar untuk mencari hiburan dan melepak untuk memenuhi masa lapang mereka.
3) Pengaruh Rakan Sebaya
Rakan juga memainkan peranan penting terhadap penularan gejala lepak di kalangan remaja. Remaja mudah terpengaruh dengan hasutan dan ajakan rakan-rakan untuk mencuba sesuatu perkara yang baru. Pada awalnya mereka menjadikan melepak sebagai perkara suka-suka untuk memenuhi kemahuan rakan tetapi apabila mereka merasakan keseronokan, lama-kelamaan ia menjadi satu tabiat yang sukar untuk dikikis.
4) Persekitaran sosial
(Contoh Gambar)
Ia juga merupakan satu faktor yang amat penting dalam pertumbuhan gejala lepak yang semakin berleluasa ini. Remaja yang tinggal di bandar lebih ramai melepak berbanding dengan remaja yang tinggal di luar bandar. Fenomena ini disebabkan di bandar tersedia pusat membeli-belah, video game atau snuker dan sebagainya yang menjadi pemangkin penting dalam perkembangan remaja melepak.
5) Tekanan Hidup
Remaja memilih melepak sebagai satu escapism atau cara untuk lari daripada tekanan hidup seharian. Antara golongan remaja yang melepak terdiri daripada kalangan remaja yang sedang belajar atau sudah bekerja. Mereka menghadapi tekanan semasa belajar dan tekanan di tempat kerja kerana terpaksa menanggung bebanan pelajaran dan pekerjaan yang teralu banyak. Justeru itu, bagi meghilangkan tekanan hidup, mereka mencari tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai, menyeronokkan dan selesa serta banyak kemudahan sebagai tempat lepak.
//CARA MENGATASI BUDAYA LEPAK//
  • PERANAN IBU BAPASalah satu penyelesaian yang dapat diambil ialah ibu bapa harus berperanan sebagai orang penting untuk memacu anak-anak mereka . Ini kerana seperti diketahui ibu bapalah yang paling hampir dengan remaja. Ibu bapa perlu memberi perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka dimana sentisa memerhatikan pergerakan anak-anak mereka. Selain itu, ibubapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa mereka bersama dengan anak-anak mereka. Ibu bapa juga hendaklah menjadi suri teladan kepada anak.
  • PERANAN KERAJAAN Pihak kerajaan juga perlulah mengambil peranan yang lebih berkesan.Jabatan Penerangan Malaysia haruslah mengiatkan lagi kempen-kempen kesedaran dan anti lepak. Iklan-iklan  dan maklumat tentang kesan amalan melepak sewajarnya  diterbitkan dengan lebih efektif. Menerusi sistem pendidikan, pelajar-pelajar boleh diberi pendedahan tentang bahaya sikap suka melepak. Kurikulum yang lebih bersepadu dan sukatan pelajaran yang lebih menyeluruh perlu digubal dalam usaha mendidik anak-anak tentang bahaya melepak. Selain itu, undang-undang yang lebih ketat perlu dikenakan dengan meluaskan lagi bidang kuasa pihak berkuasa tempatan untuk menahan remaja salah laku. Pihak kerajaan dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan boleh menyediakan kemudahan yang sesuai untuk remaja seperti padang bola atau gelanggang futsal untuk mengalakkan remaja beriadah secara berkumpulan. Dengan cara ini diharapkan remaja mempunyai ruang untuk melepaskan tekanan di samping mendapatkan hiburan melalui riadah.
  • PERANAN BADAN BUKAN KERAJAANSatu lagi langkah yang boleh dijalankan oleh sektor awam dan sektor swasta ialah pelaksanaan sistem waktu kerja yang fleksibel bagi kaum ibu. Perkara ini memandangkan semakin banyak ibu yang bekerja. Oleh itu, mereka tidak dapat menumpukan perhatian antara kerjaya dan keluarga. Jikalau kaum ibu diberi peluang bekerja dengan masa yang fleksibel, tentulah kaum ibu dapat meluangkan lebih banyak masa bermesra dan ambil berat tentang anak-anak mereka. Langkah ini sudah tentu dapat mengurangkan budaya lepak di kalangan remaja. 
  • PERANAN MEDIA MASSA- Di antara inisiatif yang boleh diambil ialah menyiarkan program yang berunsurkan keagamaan, nasihat dan kesedaran tentang bahaya gejala sosial ini kepada masyarakat. Pihak media juga boleh menerbitkan bahan bacaan dan  filem yang memberi pengajaran. Selain itu, mereka bolehlah menganjurkan program untuk ibu bapa demi meningkatkan ilmu keibubapaan.

//PENUTUP//

Slogan ‘Belia Tonggak Negara’, ‘Belia Harapan Bangsa’, ‘Belia Hari Ini Pemimpin Hari Esok’ semakin sukar  kita realisasikan  jika golongan remaja hari ini semakin lemah. Remaja hari hari ini adalah golongan penting dalam masyarakat kerana mereka menjadi tulang belakang kepada sesebuah negara. Remaja yang bakal menjadi belia negara haruslah penyayang, berakhlak mulia, cekal, berani mencuba dan bijak menangani masalah. Ini adalah  sifat yang perlu dikumpul dan digarap untuk menjana negara. Sorotan yang di petik dalam http://www.belia.org.my :Seorang tokoh ilmuwan, Malik Bennabi dalam pandangannya mengenai golongan muda menyatakan bahawa sekiranya generasi muda itu unggul daripada seluruh aspek, maka kita akan saksikan sebuah negara yang unggul dapat dibina, tetapi sekiranya generasi muda itu lemah dan lesu, maka kita akan saksikan keruntuhan sebuah negara.

Sehubungan  dengan itu, kajian yang dibuat berdasarkan  pemerhatian dan tinjauan dalam tempoh masa terhad ini diharapkan dapat memberikan gambaran awal tentang gejala sosial yang melanda masyarakat kini. Permasalahan ini bukan sahaja memberikan kesan kepada struktur masyarakat, bahkan mampu meninggalkan impak yang negatif kepada negara. Perlulah disedari, bahawa remaja masa kini adalah generasi bakal pemimpin negara di masa hadapan. Oleh itu,  adalah menjadi tanggungjawab kita selaku pemimpin di masa kini untuk mengawal dan mencegah penyakit sosial seperti ini agar tidak menjadi lebih parah. Ibu bapa, ahli masyarakat, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan hendaklah memainkan peranan yang sewajarnya. Kita perlulah  bersatu hati dan mengembleng tenaga dalam menjalankan sebarang usaha atau menjayakan kempen dalam mencegah gejala lepak daripada terus berleluasa.

POSTER YANG MENGALAKKAN LAGI
BUDAYA LEPAK DALAM KALANGAN REMAJA

sumber: google.com